SEKAPUR SIREH
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
Guru-guru
dan Warga SKDS yang saya muliakan.
Semoga Unit Pengawas dapat menjalankan tugasnya dengan sebaik yang mungkin dalam menjaga dan membentuk disiplin yang baik di kalangan murid-murid SKDS.
Bersyukur
kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya,kita dapat
meneruskan sesi persekolahan kita bagi tahun 2015 dengan jayanya,Insyaallah.
Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menggariskan panduan untuk
semua pendidik dan warga sekolah bagi menjalankan tugas yang
dipertanggungjawabkan bagi mencapai hasrat mentransformasikan Pendidikan Negara
kearah Pendidikan Bertaraf Dunia. Ini adalah cabaran yang amat besar buat
kita semua bagi merealisasikannya. Insyaallah, berkat kegigihan dan ketabahan,
kita akan cuba capai bersama Visi dan Misi baru Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Pendidikan
Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera merupakan Visi dan Melestarikan
Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi
Memenuhi Aspirasi Negara adalah Misi baru yang bermula pada tahun 2015 ini.
Marilah kita sama-sama
mendokong cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini yang
menggariskan 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, 9 Keberhasilan Utama, 11
Anjakan Utama dalam 3 Gelombang yang bermula 2013 hingga 2025.
Mengimbau
kembali tahun 2014, kita masih boleh berbangga dengan kejayaan yang telah kita
capai sepanjang tahun. Kita telah berjaya mengekalkan kedudukan top-ten dalam
ranking sekolah-sekolah dalam Daerah Tampin dengan GPS 1.75. Kita akan cuba
sedaya upaya merealisasikan KPI Sekolah bagi tahun 2015 ini berdasarkan KPI
Pengarah dan KPI Pegawai Pendidikan Daerah.
Akhirkata,
ingin saya mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
semua guru dan staf diatas usaha gigih dan komitmen yang begitu tinggi dalam
memastikan segala perancangan sekolah ini dapat disiapkan mengikut perancangan yang
telah ditetapkan.
Last
but not least, to all my teachers and staffs.......
Segala perancangan serta kesungguhan dan keiltizaman
kita didalam menzahirkan sesuatu yang baik hendaklah diserapkan sebagai satu
budaya organisasi yang mampan agar kejayaan yang hendak dicapai
menjadi teras yang akan mencetuskan penjenamaan dan membentuk organisasi yang
bermakna…..
Sekian. Terima Kasih.
Komited, Yakin, Inovasi.
SKDS Gemilang.
AFIZAH BINTI HJ ABDULLAH
Guru Besar SKDS