Tugas-Tugas Ketua Pengawas
- Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas
diketahui,difahami,dan dihayati oleh Lembaga Pengawas
- Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas
dijadikan garis panduan oleh semua pengawas
- Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas
- Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau
perjumpaan di luar sekolah
- Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
- Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, sekolah,
patriotik dan membaca Rukun Negara pada perhimpunan mingguan
Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas
- Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau
ada hal yang lain di atas arahan Guru Pengawas atau Guru Besar
- Mewakili Ketua Pengawas
- Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya
Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha
- Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan
pengagihan tugas
- Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
- Bertanggungjawab atas surat-menyurat
- Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas
Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari
- Mengutip wang bagi projek kewangan
- Membuka akaun
- Menyediakan laporan kewangan
- Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)
{AJK Eksekutif}
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas,
Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan
Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
- Menjaga disiplin semua pelajar.
- Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
- Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua
minggu sekali atau mengikut keadaan semasa.
- Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
- Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang
munasabah kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
- Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah
harus dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
- Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan
kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahan diri.
- Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru
Pengawas
Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif
Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan
diambil tindakan oleh AJK Eksekutif adalah seperti berikut :
- Ponteng sekolah/ponteng kelas
- Merokok
- Pergaduhan
- Datang lewat
- Tidak memakai stoking,name-tag/lencana
- Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
- Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
- Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
- Menggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap
kesalahan pelajar-palajar dan pengawas-pengawas:
- Nasihat dan amaran
- Detention Class
- Menulis karangan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
- Denda (wang tunai/buku)
- Merotan (merujuk kepada Guru Besar)
- Tindakan yang sewajarnya
Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu
tidak berkesan, pelajar dan pengawas tersebut akan dirujuk kepada Guru Besar
{Mesyuarat-mesyuarat}
Mesyuarat Agung Tahunan
- Ia merupakan mesyuarat yang wajib dijalankan pada
awal tahun.
- Dipengerusi oleh Ketua Pengawas dengan adanya
kehadiran Tuan Pengetua ataupun wakilnya serta guru-guru pengawas.
- Mesti dihadiri oleh semua pengawas.
- Urusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:-
- Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.
- Menerima dan mengesahkan penyata kira-kira tahun
lepas yang telah diaudit oleh guru yang telah dilantik untuk menjalankan
tugas tersebut.
- Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan
guru bagi tahun akan datang.
- Mempertimbangkan sebarang perkara berdasarkan
notis secara bertulis yang telah dibuat kepada setiausaha
sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat tersebut.
- Mengemukakan dan mempertimbangkan sebarang isu
lain yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengawas.
Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan
- Setiausaha mesti memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa, dan
tempat Meyuarat Agung Tahunan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat
Agung Tahunan.
- Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disediakan oleh Setiausaha
dengan persetujuan Ketua Pengawas dan dihantar kepada semua pihak yang
terlibat dalam mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari
sebelumnya.
- Quorum di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melebihi 50% daripada
keahlian Lembaga.
- Apabila berlakunya tidak cukup quorum,mesyuarat tersebut akan
ditangguhkan dan mesti diadakan semula dalam masa tujuh hari di tempat dan
pada masa yang telah ditetapkan dengan agenda yang sama.
- Andainya, berlaku tidak cukup quorum untuk kali kedua,ahli-ahli
yang hadir berhak untuk meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh memutuskan
perkara yang melibatkan semua ahli.
- Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas diwajibkan untuk membuat laporan
mengenai perkara tersebut kepada guru-guru pengawas.
Mesyuarat Umum
- Diadakan sebulan sekali.
- Diwajibkan hadir oleh semua ahli Lemabga Pengawas.
- Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir
hendaklah diumumkan kepada semua pengawas bertulis sekurang-kurangnya seminggu
sebelumnya.
- Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau
Penolongnya mesti disahkan dalam mesyuarat tersebut.
- Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan
diterima.
- Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan
tersebut dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
- Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan
serta perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan
dalam mesyuarat.
- Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan mejoriti tadak akan
diterima kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau
guru-guru pengawas.
- Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak
pentadbiran sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.Tanpa
kebenaran Tuan Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.
Agenda-agenda mesyuarat:
- Ucapan Ketua Pengawas
- Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
- Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
- Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
- Perkara-perkara khas
- Hal-hal lain
Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan
keadaan semasa.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
- Diadakan atas permintaan Ketua Pengawas atau Guru Pengawas.
- Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
- Semua AJK dan Guru-guru Pengawas mesti diberitahu sebelum mesyuarat
diadakan.
- Matlamat mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan dan
mempertingkatkan lagi organisasi Lembaga Pengawas.
- Mesyuarat mesti diminitkan.
{Tugas
Pengawas}
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS SEKOLAH
- Mengawal disiplin pelajar.
- Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan
yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
- Menjaga imej dan nama baik sekolah.
- Membantu guru, pembantu kepada para guru dari
segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
- Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
- Mematuhi peraturan sekolah sambil
menguatkuasakannya.
- Memimpin rakan-rakan pelajar.
- Mencegah kes jenayah di sekolah.
- Menghormati guru dan kakitangan sekolah.
- Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
- Serius dan bersikap positif semasa menjalankan
setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
- Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan
pelajar lain.
- Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang
cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
- Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan
memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki
keadaan.
- Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah
disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
- Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan
memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
- Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang
bersalah sebagai panduan masa hadapan.
- Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus
sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
- Memastikan para pelajar beratur semasa membeli
makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas
sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat.
- Arahan dari pihak sekolah dari semasa ke semasa.
No comments:
Post a Comment