KATA ALUAN




SEKAPUR SIREH

 Bismillahirrahmanirrahim.
 Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
 Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

 Guru-guru dan Warga SKDS  yang saya muliakan.

Semoga Unit Pengawas dapat menjalankan tugasnya dengan sebaik yang mungkin dalam menjaga dan membentuk disiplin yang baik di kalangan murid-murid SKDS.

                       Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya,kita dapat meneruskan sesi persekolahan kita bagi tahun 2015 dengan jayanya,Insyaallah.

        Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah menggariskan panduan untuk semua pendidik dan warga sekolah bagi menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi mencapai hasrat mentransformasikan Pendidikan Negara kearah Pendidikan Bertaraf Dunia. Ini adalah cabaran yang amat besar buat kita semua bagi merealisasikannya. Insyaallah, berkat kegigihan dan ketabahan, kita akan cuba capai bersama Visi dan Misi baru Kementerian Pendidikan Malaysia.

       Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera merupakan Visi dan Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara adalah Misi baru yang bermula pada tahun 2015 ini.

      Marilah kita sama-sama mendokong cita-cita murni Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini yang menggariskan 5 Aspirasi Sistem, 6 Aspirasi Murid, 9 Keberhasilan Utama, 11 Anjakan Utama dalam 3 Gelombang yang bermula 2013 hingga 2025.
               
Mengimbau kembali tahun 2014, kita masih boleh berbangga dengan kejayaan yang telah kita capai sepanjang tahun. Kita telah berjaya mengekalkan kedudukan top-ten dalam ranking sekolah-sekolah dalam Daerah Tampin dengan GPS 1.75. Kita akan cuba sedaya upaya merealisasikan KPI Sekolah bagi tahun 2015 ini berdasarkan KPI Pengarah dan KPI Pegawai Pendidikan Daerah.
              
Akhirkata, ingin saya mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua guru dan staf diatas usaha gigih dan komitmen yang begitu tinggi dalam memastikan segala perancangan sekolah ini dapat disiapkan mengikut perancangan yang telah ditetapkan.

              Last but not least, to all my teachers and staffs.......

Segala perancangan serta kesungguhan dan keiltizaman kita didalam menzahirkan sesuatu yang baik hendaklah diserapkan sebagai satu budaya organisasi yang  mampan agar kejayaan yang hendak dicapai menjadi teras yang akan mencetuskan penjenamaan dan membentuk organisasi yang bermakna…..
           
Sekian. Terima Kasih.

Komited, Yakin, Inovasi.
SKDS Gemilang.



AFIZAH BINTI HJ ABDULLAH
Guru Besar SKDS