UNIT HEM






Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana kita dapat lagi bersama-sama melaksanakan tanggungjawab dalam tahun 2015 ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada semua warga SKDS yang telah bersama-sama bekerja keras menjayakan program khususnya dalam bidang hal ehwal murid dengan jujur dan ikhlas. Tahun 2014 telah menyaksikan terlaksananya beberapa program seperti ‘Latihan Kebakaran Bersama Bomba’, ‘Kutipan Tabung Bencana Kemanusiaan ’, ‘Amalan Hidup Sihat Bersama Milo’ dalam usaha untuk merealisasikan kemenjadian murid.

Di samping itu, Unit Hal Ehwal Murid juga berkolaboratif bersama Masjid Jamek Tampin dalam usaha pemantapan sahsiah murid. Antara programnya ialah, ‘Kem Ibadah’ yang dijalankan dalam cuti sekolah, ‘Kursus Pengurusan Jenazah’. Ada juga beberapa program bersama agensi luar seperti Kementerian Kesihatan iaitu dalam ‘Program Awal Remaja’, bersama Polis dari IPD Tampin  iaitu ‘Program Benci Jenayah’.

            Bagi melancarkan pengurusan pentadbiran sekolah pada tahun 2015, khususnya dalam bidang hal ehwal murid, satu jawatankuasa penggubal Buku Manual Pengurusan dan Pentadbiran 2014 untuk kali keduanya  telah dibentuk untuk merangka dan menetapkan tugasan semua guru. Secara amnya, terdapat beberapa transformasi dibuat dalam usaha menggerakkan aktiviti Unit Hal Ehwal Murid selaras dengan misi dan visi sekolah. Sesungguhnya, kita harus berani mencuba untuk melakukan perubahan dan pembaharuan. Diharapkan transformasi ini akan membuahkan lonjakan prestasi yang membanggakan.

Guru yang dihormati sekalian,

            Pada tahun 2015, Unit Hal Ehwal Murid  telah menetapkan beberapa perancangan strategik dalam usaha untuk memantapkan pengurusan bagi melahir dan menjana murid sekolah ini menjadi insan yang berkualiti menjelang 2017. Diharapkan juga modal insan yang akan dilahirkan mempunyai sahsiah yang terpuji, berketerampilan dan mampu menyumbang untuk kemajuan sekolah. Oleh itu, budaya kecemerlangan dalam minda, jiwa dan sanubari setiap warga SKDS  perlu diterapkan dan diterjemahkan pula dalam setiap tindakan yang diambil. InsyaAllah, sekiranya kita sentiasa istiqamah dalam membudayakan kecemerlangan ini dan mengutamakan murid dalam setiap tugasan yang kita lakukan, kita akan berjaya melonjakkan kecemerlangan sekolah sekaligus meningkatkan tahap keyakinan dan kepuasan hati pelanggan (murid dan ibu bapa).

            Sesungguhnya, untuk mencapai visi dan misi yang diharapkan, sekolah memerlukan satu pasukan yang mantap, mempunyai kemahiran, kemampuan dan kesungguhan yang tinggi setiap warganya. Sehubungan itu, Jawatankuasa Kerja Hal Ehwal Murid 2015 yang ditetapkan diharap mampu menjayakan setiap tangungjawab yang diamanahkan.

Sekian, wassalam.

“PENGURUSAN EFISIEN PELAJAR BERDISIPLIN”

Hebat kita kerana ilmu
Hebat ilmu kerana amalan
Hebat amalan kerana keberkatan
Hebat keberkatan kerana ikhsan

GPK HEM SKDS

No comments:

Post a Comment