SEJARAH SKDS






SEJARAH SEKOLAH
  
Pembinaan Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Tampin 2 dimulakan pada bulan Jun 1999. Tanggal 3 Januari Tahun 2001 iaitu pada hari Rabu, Sekolah Kebangsaan Tampin 2 mula beroperasi sebagai sekolah baru di Negeri Sembilan. Pada peringkat awalnya, Sekolah Kebangsaan Tampin 2 telah menerima 300 orang pelajar dengan tenaga pengajar seramai 20 orang.
Pada bulan April Tahun 2003, Sekolah Kebangsaan Tampin 2 dikenali dengan nama Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman bersempena dengan nama tokoh, Dr. Sulaiman bin Mohd. Attas yang juga merupakan seorang doktor Melayu yang pertama di Tampin pada tahun 60-an.

Harapan warga Sekolah Kebangsaan Dr, Sulaiman adalah untuk melaksanakan segala tanggungjawab secara bersepadu bagi mencapai kecemerlangan dalam segala bidang INSYA ALLAH.

LOKASI SEKOLAH




LOGO SEKOLAH





PENGERTIAN LOGO
WARNA MERAH : Sikap dan perwatakan murid-murid yang baik, bagus dan bersemangat untuk belajar.
WARNA KUNING : Sebagai tanda harapan hasil daripada usaha, tugas kerja di sekolah dan menjadi sinar kejayaan setiap warga sekolah.
TANDA OBOR : Usaha bagi memantapkan dan meningkatkan prestasi kurikulum dan kokurikulum serta sahsiah ke peringkat yang lebih tinggi.
BUKU : Sebagai tumpuan utama dan penting mencapai keputusan yang cemerlang dalam bidang akademik.
KOMPUTER : Memberi pendedahan kepada murid tentang sains danteknologi pada masa kini.
DUA BINTANG : Berpandukan Prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Negara.

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara.

MOTO

Kegigihan Maju Cemerlang.





LAGU SEKOLAH 

KEGIGIHAN MAJU CEMERLANG
Kegigihan maju cemerlang
Itulah visi kami
Kami generasi berjiwa penyayang
Jaya pelbagai bidang

Berusaha kita capai kejayaan
Cemerlang masa depan
Budaya ilmu sebagai bekalan
Disiplin sentiasa ditegakkan

c/o

Kami berikrar dan berjanji
Taat setia dan berakhlak mulia
Demi nama baik sekolah kami
Sekolah Kebangsaan Doktor Sulaiman

Dengan satu haluan dan tujuan
Kita cipta kejayaan
Rukun Negara menjadi amalan
Sama tuju wawasan



No comments:

Post a Comment