TUGAS PENGAWAS

Tugas-Tugas Ketua Pengawas
  • Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati oleh Lembaga Pengawas
  • Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua pengawas
  • Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas
  • Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
  • Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
  • Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, sekolah, patriotik dan membaca Rukun Negara pada perhimpunan mingguan
Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas
  • Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal yang lain di atas arahan Guru Pengawas atau Guru Besar
  • Mewakili Ketua Pengawas
  • Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya
Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha
  • Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas
  • Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
  • Bertanggungjawab atas surat-menyurat
  • Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas
Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari
  • Mengutip wang bagi projek kewangan
  • Membuka akaun
  • Menyediakan laporan kewangan
  • Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)
{AJK Eksekutif}
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif (Executive Council)
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
  • Menjaga disiplin semua pelajar.
  • Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
  • Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut keadaan semasa.
  • Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
  • Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
  • Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
  • Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahan diri.
  • Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas
Jenis Kesalahan dan Tindakan Oleh AJK Eksekutif
Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diambil tindakan oleh AJK Eksekutif adalah seperti berikut :
  • Ponteng sekolah/ponteng kelas
  • Merokok
  • Pergaduhan
  • Datang lewat
  • Tidak memakai stoking,name-tag/lencana
  • Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
  • Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
  • Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
  • Menggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan pengawas-pengawas:
  • Nasihat dan amaran
  • Detention Class
  • Menulis karangan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris
  • Denda (wang tunai/buku)
  • Merotan (merujuk kepada Guru Besar)
  • Tindakan yang sewajarnya
Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan pengawas tersebut akan dirujuk kepada Guru Besar

{Mesyuarat-mesyuarat}
Mesyuarat Agung Tahunan
  • Ia merupakan mesyuarat yang wajib dijalankan pada awal tahun.
  • Dipengerusi oleh Ketua Pengawas dengan adanya kehadiran Tuan Pengetua ataupun wakilnya serta guru-guru pengawas.
  • Mesti dihadiri oleh semua pengawas.
  • Urusan Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah:-
  • Menerima dan mengesahkan laporan tahunan.
  • Menerima dan mengesahkan penyata kira-kira tahun lepas yang telah diaudit oleh guru yang telah dilantik untuk menjalankan tugas tersebut.
  • Melantik dua orang juruaudit daripada kalangan guru bagi tahun akan datang.
  • Mempertimbangkan sebarang perkara berdasarkan notis secara bertulis yang telah dibuat kepada setiausaha sekurang-kurangnya seminggu sebelum mesyuarat tersebut.
  • Mengemukakan dan mempertimbangkan sebarang isu lain yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Lembaga Pengawas.
Perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan
  • Setiausaha mesti memberitahu semua ahli mengenai tarikh, masa, dan tempat Meyuarat Agung Tahunan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan.
  • Agenda Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah disediakan oleh Setiausaha dengan persetujuan Ketua Pengawas dan dihantar kepada semua pihak yang terlibat dalam mesyuarat tersebut sekurang-kurangnya tujuh hari sebelumnya.
  • Quorum di Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah melebihi 50% daripada keahlian Lembaga.
  • Apabila berlakunya tidak cukup quorum,mesyuarat tersebut akan ditangguhkan dan mesti diadakan semula dalam masa tujuh hari di tempat dan pada masa yang telah ditetapkan dengan agenda yang sama.
  • Andainya, berlaku tidak cukup quorum untuk kali kedua,ahli-ahli yang hadir berhak untuk meneruskan mesyuarat tetapi tidak boleh memutuskan perkara yang melibatkan semua ahli.
  • Ahli Jawatankuasa Lembaga Pengawas diwajibkan untuk membuat laporan mengenai perkara tersebut kepada guru-guru pengawas.
Mesyuarat Umum
  • Diadakan sebulan sekali.
  • Diwajibkan hadir oleh semua ahli Lemabga Pengawas.
  • Agenda, tempat, masa dan guru-guru pengawas yang akan hadir hendaklah diumumkan kepada semua pengawas bertulis sekurang-kurangnya seminggu sebelumnya.
  • Laporan minit mesyuarat yang lalu daripada Setiausaha atau Penolongnya mesti disahkan dalam mesyuarat tersebut.
  • Tanpa pengesahan oleh majoriti, laporan-laporan tersebut tidak akan diterima.
  • Pengawas-pengawas yang tidak bersetuju dengan laporan-laporan tersebut dikehendaki memberi sebab-sebabnya menolak laporan tersebut.
  • Laporan aktiviti daripada pengawas yang telah dipertanggungjawabkan serta perancangan aktiviti yang akan dilakukan hendaklah dipertimbangkan dalam mesyuarat.
  • Sebarang cadangan yang tidak menerima sokongan mejoriti tadak akan diterima kecuali adanya undi pemutus daripada Ketua Pengawas atau guru-guru pengawas.
  • Laporan mengenai segala projek yang berkaitan dengan pihak pentadbiran sekolah mesti dibuat dan diserahkan kepada Tuan Pengetua.Tanpa kebenaran Tuan Pengetua, projek tersebut akan dibatalkan.
Agenda-agenda mesyuarat:
  1. Ucapan Ketua Pengawas
  2. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
  3. Pengesahan dan pembentangan laporan kewangan
  4. Perkara-perkara berbangkit dan tindakannya
  5. Perkara-perkara khas
  6. Hal-hal lain
Agenda ini boleh diubahsuai mengikut kehendak dan keadaan semasa.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa
  • Diadakan atas permintaan Ketua Pengawas atau Guru Pengawas.
  • Dipengerusikan oleh Ketua Pengawas.
  • Semua AJK dan Guru-guru Pengawas mesti diberitahu sebelum mesyuarat diadakan.
  • Matlamat mesyuarat tersebut ialah untuk membincangkan dan mempertingkatkan lagi organisasi Lembaga Pengawas.
  • Mesyuarat mesti diminitkan.
{Tugas Pengawas}

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGAWAS SEKOLAH
  1. Mengawal disiplin pelajar.
  2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior.
  3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
  4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
  5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
  6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
  7. Memimpin rakan-rakan pelajar.
  8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
  9. Menghormati guru dan kakitangan sekolah.
  10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
  11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
  12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
  13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
  14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
  15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
  16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
  17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
  18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
  19. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku pada setiap pagi dan selepas waktu rehat.
  20. Arahan dari pihak sekolah dari semasa ke semasa.


No comments:

Post a Comment